BANNER PERBUATAN ORANG BEBAL DAN KURANG ILMU SERTA TAK CERDIK

BANNER PERBUATAN ORANG BEBAL DAN KURANG ILMU SERTA  TAK CERDIK
KAPALA BATAS 25/11/2010 Khamis jam 5.30 petang suatu laporan polis di buat IPD kepala batas berhubung dengan beberapa banner fitnah yang menyatakan KAMI TAK NAK WANG JUDI serta lambang pas dan logo kerajaan negeri pulau pinang.Laporan itu di ketuai oleh ketua dewan pemuda pas Kepala Batas Saudara Mohd Hafis Kasim serta di ikuti oleh ajknya serta juga ajk kawasan kepala batas dan kawasan tasik gelugor kerana membantah banner fitnah tersebut. katanya pas sesekali tidak terlibat keatas banner tersebut kerana pas adalah parti komponen pakatan rakyat dan menyokong penuh kerajaan negeri pulau pinang di bawah pimpinan Y.A.B Tuan Lim Guan Eng .Hafis juga berkata ada pihak yang tidak senang dgn pontensi pr pulau pinang yang nampak semakin memberi keyakinan kepada rakyat dan sokongan yang tinggi terhadap dasar kerajaan negeri.Inilah yang sangat mereka dengki maka mereka wujud macam2 propaganda yang di reka dari satu hal ke satu hal.Katanya juga kita dapat hidu pihak ini kita juga yakin pihak ini cukup jahat mereka seperti cacing kepanasan untuk mendapatkan simpati rakyat sanggup melakukan apa saja.Turut hadir dalam laporan polis itu adalah ialah ahli jawatan kuasa badan perhubungan pas negeri pulau pinang saudara Rosli Hasan juga turut mengulas mengatakan. Golongan ini adalah golongan yang bebal yang tiada modal. Semasa di beri peluang dahulu. Asyik duk hang satu aku satu orang lain mereke tak padang dah.Apabila kita menang di pulau pinang kita buat perubahan yang amat baik dari segi pembagunan serta akhlak rakyat pun kita buat teramat baik.Mereka runtuhkan akhlak mereka. Sanggup tunjuk pungkuk dekat orang. Mengapa jadi macam ni? dah lama mereka memimpin cukup tak cerdik lagi sebab itu kita ambil hari. mungkin juga golongan ini yang mengadai tanah melayu pulau pinang. Golangan ini di minta bertaubat dan duduk diam biar PR jaga rakyat kerana PR mempunyai komitmem yang tinggi untuk rakyat pulau pinang dan Khususnya Malaysia.

gandingan mantap kepimpinan masa hadapan

gandingan mantap kepimpinan masa hadapan
pemimpin mesti berani, tahan lasak dan ikhlas dalam tindakan

tunjuk kepada kebaikan seperti melakukannya

Manusia hari ini tidaka merasakan bahawa diri mereka dipinjamkan di atas dunia ini... Mereka bebas berkata-kata tanpa memikirkan dosa dan kesan daripada percakapan itu.. Ada yang sentiasa membangkitkan perkara remeh temeh dan yang bukan keutamaan dengan niat yang tidak baik... Oleh itu berwaspadalah.. kata-kata dan cakap-cakap kita yang boleh membawa kpd dosa kepada Allah adalah penyebab kepada satu air lautan menjadi busuk... (maksud hadith)

AKU MALU DENGAN UMNO YANG BERNAFAS DENGAN ISU PERKAUMAN DAN SENTIASA MEMPERBODOHKAN BANGSA AKU

AKU MALU DENGAN UMNO YANG BERNAFAS DENGAN ISU PERKAUMAN DAN SENTIASA MEMPERBODOHKAN BANGSA AKU
Aku ingin membawa `agama` dalam kehidupan manusia

Saturday, November 20, 2010

Hayati pengorbanan Siti Hajar laksana amanah Allah

Seringkali kita dipaparkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. apabila menjelang kedatangan Eidul Adha. Peristiwa yang menggambarkan keimanan yang kental dan keyakinan yang jitu, ketaatan dan pengorbanaan diantara seorang ayah dan anak lelakinya terhadap perintah Allah s.w.t merupakan suatu kisah teladan yang unggul bagi panduan kita mengharungi kehidupan di dunia ini.

Sayangnya kita jarang sekali mendengar ataupun terlalu sedikit saja para penceramah yang telah menyentuh dengan huraian yang mendalam peranan dan pengorbanan Siti Hajar sebagai seorang isteri dan ibu dalam peristiwa tersebut. Seharusnya kita hayati bagaimana ketabahan dan ketaatan seorang isteri bersama anak yang masih kecil ditinggalkan oleh suaminya di suatu lembah padang pasir yang kering kontang tanpa penduduk semata-mata untuk menyempurnakan perintah Allah s.w.t.

Sesungguhnya jika kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut di dalam konteks kegiatan dakwah haraki, peranan dan tanggungjawab Muslimat adalah amat besar serta tidaklah mudah tanpa pergantungan kepada pertolongan dari Allah s.w.t. Peranan, sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh Siti Hajar itu sudah cukup untuk kita teladani. Tanpa keimanan yang penuh ikhlas, keyakinan yang jitu, kesetiaan kepada suami, dapat diragui bahawa Siti Hajar berjaya mengharungi segala cabaran yang terbentang di depan matanya.

Sebenarnya dari teladan yang ditunjukkan oleh Siti Hajar itu peranan besar Muslimat adalah sebagai pembantu dan pelengkap terhadap amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam bukannya pesaing.

Firman Allah s.w.t , pada surah at-Taubah, ayat 71 yang bermaksud:“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Jelaslah juga dari pengertian ayat tersebut bahawa Allah s.w.t mengiktiraf peranan besar yang mesti dilaksanakan oleh Muslimat walaupun bentuk tugas dan skop yang berlainan. Bagi Muslimat PAS, kita yakini bahawa segala perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan kita laksanakan adalah selari dengan semangat ini. Natijahnya adalah bahawa tiada siapa yang boleh meragui kesetiaan dan sumbangan besar Muslimat terhadap perjuangan PAS dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Justeru itu, dalam kita perlu sedari juga bahawa di dalam usaha-usaha kita meneruskan perjuangan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Pada pandangan jumhur ulama bahawa tindakan kita bergerak dalam jamaah Islam, isitiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita adalah satu manifestasi “menolong agama Allah”. Jika kita dapat menghayati dan berjaya melaksanakan tututan jamaah dengan ikhlas, maka layaklah kita mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.

Oleh itu dalam era Pakatan Rakyat kini di mana PAS adalah komponen sebuah parti pemerintah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, peranan Muslimat adalah berlainan daripada masa-masa lampau. Kita perlu pastikan bahawa peranan kita didalam melaksanakan tugas selaku Ahli Parlimen, anggota Exco, Adun atau Ahli Majlis kerajaan tempatan serta JKK selaras dengan matlamat parti kita dan tuntas dengan permuafakatan dalam tuntutan Pakatan Rakyat.

Peranan PAS adalah penting dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat bahawa didalam kegairahan kita melaksanakan tugas-tugas kepada rakyat semua aktiviti dan tuntutan jamaah kita juga perlu berjalan seiring dan tidak dikesampingkan. Parti kita mesti diperkukuhkan agar ianya dapat berperanan dengan efektif pada permuafakatan kerajaan Pakatan Rakyat. Parti yang lemah akan mengakibatkan kerajaan jadi kucar kacir. Tiada kerajaan tanpa parti.

No comments:

Post a Comment