TASEK GELUGOR, 2 Jan: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, jentera PAS negeri pastinya akan bekerja secara bersungguh-sungguh di Dun Tenang seperti mana jentera negeri lain yang datang memenangkan calon PAS ketika Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pasir.
"Insya Allah saya akan pastikan semua jentera PAS Pulau Pinang bergerak ke Tenang, Johor. Saya sendiri akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Negeri bagi melihat strategi dan lokasi yang PAS Johor cadangkan untuk Pulau Pinang bertapak," jelasnya.
Beliau yakin kedatangan jentera PAS Pulau Pinang akan memeriahkan keadaan sekaligus membantu jentera PAS di Tenang yang barangkali kekurangan pengalaman berbanding jentera yang dihantar oleh negeri.
Budaya politik di Johor, katanya sama sahaja dengan Pulau Pinang di mana orang Melayu masih sayangkan Umno walaupun tahu ia adalah parti yang tidak boleh diharapkan.
Apa pun, katanya sebagai parti yang diamanahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat, PAS perlu mencari di mana kelemahan Umno sebelum merencanakan gerakan bersepadu untuk menghalang kemaraan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Memandangkan senario politik di Johor sama dengan Pulau Pinang menyenangkan jentera kita mencetuskan perancangan yang lebih berkesan," tegas beliau.
Beliau yakin dalam masa terdekat surat perkeliling mula dikeluarkan oleh JPN bagi menyenangkan penghantaran petugas mengikut kawasan seperti mana lazim dibuat sebelum ini.
Ne
YA ALLAH BERILAH HIDAYAH & PERTUNJUKMU PADA KU JADILAH AKU SEORANG PERJUANG & TERUS MENEGAKAN AGAMAMU JUGA BERILAH AKU KEKUATAN ATAS PEKARA INI.AKU TAK AKAN JEMU MINTA PERTUNJUK DAN PERTOLONGAN PADAMU.AKU MOHON KEAMPUNAN ATAS DOSA KU DOSA KESEMUA IBUBAPAKU DOSA ANAKKU & SELURUH ANGOTA KELUARGAKU KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT ATAS DOSA KAMI YG TELAH LALU & YG AKAN DTG
BANNER PERBUATAN ORANG BEBAL DAN KURANG ILMU SERTA TAK CERDIK
gandingan mantap kepimpinan masa hadapan
tunjuk kepada kebaikan seperti melakukannya
Manusia hari ini tidaka merasakan bahawa diri mereka dipinjamkan di atas dunia ini... Mereka bebas berkata-kata tanpa memikirkan dosa dan kesan daripada percakapan itu.. Ada yang sentiasa membangkitkan perkara remeh temeh dan yang bukan keutamaan dengan niat yang tidak baik... Oleh itu berwaspadalah.. kata-kata dan cakap-cakap kita yang boleh membawa kpd dosa kepada Allah adalah penyebab kepada satu air lautan menjadi busuk... (maksud hadith)
AKU MALU DENGAN UMNO YANG BERNAFAS DENGAN ISU PERKAUMAN DAN SENTIASA MEMPERBODOHKAN BANGSA AKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment