فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.
MUQADDIMAH.
Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.
Sabda Rasulullah saw. أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ. Maksudnya: Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.
Sabda Rasulullah saw. إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة. Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral. ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.) Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.
Sabda Rasulullah saw. و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”
CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI. Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah: Ø Sukar untuk mencipta Isu Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired ) Ø Sifat Isu yang mudah luput Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat
Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman. Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh. Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi. إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ. ( رواه الحاكم )
Maksudnya: Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu. Sabda Rasulullah saw:
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه. Maksudnya: Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya. ( Riwayat At- Tarmizi )
Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.
ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRANSerangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah.
1. Barat Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.
Ø Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan فصل الدين عن الحكومة و الدولة
Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.
2. Timur Blok Komunis Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam. ( Sifat Isu ini berpanjangan )
Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.
Firman Allah swt: إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. ( An Nasr 1- 3 )
Rancangan Jahat Mereka
Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.
Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )
Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut:
Generasi Muda yang dihormati sekelian, Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi. Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami. Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu: a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل
i) Gerakan Komunis [1] Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya. Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas. Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta. Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand. Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.
1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah. 2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza” 3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh. 4. Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.
Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah.. Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.
Sabda Rasulullah saw: بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءMaksudnya ; Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )
Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.
1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah. 2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis. 3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam. 4. Memecahkan kesatuan ummat Islam. 5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.
Wasilah-wasilah Mereka 1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka . 2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka. 3. Khidmat kebajikan masyarakat. 4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya. 5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.
c) Gerakan Yahudi dan Freemason
Firman Allah swt: لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواMaksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ( Al Maidah 82 ) Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.
Gerak Jahat Yahudi 1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam. 2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam. 3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu: Ø Kerjasama Israel Antarabangsa Ø Mu’tamar Yahudi Antarabangsa Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi Ø Pertubuhan Israel Sedunia Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia Ø Pertubuhan Zionist Sedunia
Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:
a) Freemason b) Rotary Club c) Lions Club
Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية. Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة . Melalui protokol ke-11,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina. Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.
( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani. ) [2]
Objektif Politik Zionist
1. Penguasaan ekonomi 2. Kekuatan tentera 3. Penguasaan media massa 4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran.
d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum baangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah. الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))
Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita. Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian, media massa, jabatan-jabatan pendidikan, muassasah-muassasah, yayasan-yayasan, badan-badan berkanun dan badan -badan swasta. Lantaran itu, dengan tidak disedari, mereka telah meresapkan ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini. Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan Ilahi:
لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Maksudnya: Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. ( Ali Imran 196-197 )
APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT
1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar. 2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu. 3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt. 4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam. Firman Allah swt:
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ . بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم Maksudnya: Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. ( Ar Ruum 4-5 )
ISU DALAM WAJAH: KERUNTUHAN MORAL.
Kepincangan nilai dan keruntuhan moral Generasi Muda hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara-negara ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam.Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas. Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka.
Majallah-majallah dan video -video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah ianya suatu yang rutin bagi generasi muda hari ini. Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang mencakar langit. Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah. Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa.
KEBEBASAN TAJAAN BARAT
1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab -kelab malam dan pusat-pusat hiburan dari tingggal di rumah. 2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang. 3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan. 4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip. 5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai suri rumah atau pembantu lelaki. 6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam. 7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan. Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat. ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )
ISU DALAM WAJAH: TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR
Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik.( أد ما لقيصر لقيصر و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama. Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah. Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
( Al Maidah 49-51 )
Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.
Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah:
1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )
2) Mengekang Harakah Islamiyyah
3) Undang-undang ciptaan manusia
4) Sistem pendidikan sekular
Wahai Generasi Muda ……Masa depan ditanganmu !!Dan ianya Milik Islam …..
Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya. Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras. Islam adalah suatu agama yang optimis, sensitive dan responsive, ia melarang ummatnya beku membatu diri, pasif dan dhoif. Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah. Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat. Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
( Ali- Imran 140 )
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمْ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَAllah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
( An-Nuur-55 )
|
YA ALLAH BERILAH HIDAYAH & PERTUNJUKMU PADA KU JADILAH AKU SEORANG PERJUANG & TERUS MENEGAKAN AGAMAMU JUGA BERILAH AKU KEKUATAN ATAS PEKARA INI.AKU TAK AKAN JEMU MINTA PERTUNJUK DAN PERTOLONGAN PADAMU.AKU MOHON KEAMPUNAN ATAS DOSA KU DOSA KESEMUA IBUBAPAKU DOSA ANAKKU & SELURUH ANGOTA KELUARGAKU KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT ATAS DOSA KAMI YG TELAH LALU & YG AKAN DTG
BERITA TERDAHULU
-
▼
2010
(13)
-
▼
November
(8)
- PAS PERLU MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI
- Tok Guru Nik Aziz berpelukan dengan Haji Hadi Awan...
- KEMUNCAK UMNO TAKUT BERHUJAH
- Hayati pengorbanan Siti Hajar laksana amanah Allah
- APA JADI JIKA PAS KALAH DI GALAS
- Sensitiviti generasi muda terhadap isu semasa:caba...
- PRU 13: Pakatan Rakyat Pulau Pinang Sudah Bersedia
- MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
-
▼
November
(8)
BANNER PERBUATAN ORANG BEBAL DAN KURANG ILMU SERTA TAK CERDIK
gandingan mantap kepimpinan masa hadapan
tunjuk kepada kebaikan seperti melakukannya
Manusia hari ini tidaka merasakan bahawa diri mereka dipinjamkan di atas dunia ini... Mereka bebas berkata-kata tanpa memikirkan dosa dan kesan daripada percakapan itu.. Ada yang sentiasa membangkitkan perkara remeh temeh dan yang bukan keutamaan dengan niat yang tidak baik... Oleh itu berwaspadalah.. kata-kata dan cakap-cakap kita yang boleh membawa kpd dosa kepada Allah adalah penyebab kepada satu air lautan menjadi busuk... (maksud hadith)
AKU MALU DENGAN UMNO YANG BERNAFAS DENGAN ISU PERKAUMAN DAN SENTIASA MEMPERBODOHKAN BANGSA AKU
Saturday, November 20, 2010
Sensitiviti generasi muda terhadap isu semasa:cabaran dan masa depan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bro lain jgn main main cedok Tazkirah gua
ReplyDeleteLu cedok dari gua punya blog KU TAHU JANTAN BETINANYA.
http://kutahujantanbetinanya.blogspot.com/